Tuesday, January 3, 2012

Time Flies | 2012

Happy new year! baru nak wish. Belum terlambat kan.baru 3hb.Fuhh,memang sekejap masa berjalan.Apa pencapaian 2011 saya?Apa kenangan manis?Kenangan pahit?Hurm,tak banyak.biasa-biasa sahaja. 

2011-Manis

1. Kerja
Masuk tahun ke 2 kerja di sini. Happy. walaupun kadang-kadang rasa stress. biasalah kan,kerja mana yang tak stress.nak senang kena susah dulu.Orang macam saya,yang tak berapa intelligent,kena banyak usaha untuk mencapai sesuatu.So far alhamdulillah, rezeki yang tuhan kurniakan tu membolehkan kami sekeluarga hidup dalam keadaan sejahtera,cukup makan,pakai, tempat tinggal walaupun tak semewah mana.Working environment kali ni memang cukup berbeza dengan tempat lama.Bosses especially,sangat baik,memahami dan menyokong.itu yang penting.kesalahan besar mana pun,dia tak akan marah dan judge anda ni tak pandai buat kerja.Apa yang mereka lakukan,tegur dan bagi nasihat secara baik.dan secara automatik,kesalahan tu tak akan berulang.dan rasa dendam atau benci tak wujud pun. Hopefully saya akan berada di sini lebih lama.tapi kalau ada offer 2 kali ganda,harus fikir jugak.hehehe.


2.Si Gedek
Gedek dah besar,tahun ni masuk 5 tahun.But she still alone,no sister/brother. Saya dan mr hubby masih berusaha menambah bilangan ahli keluarga.Belum ada rezeki.usaha memang usaha.Semuanya terletak pada tuhan,jika ada rezeki kami tahun ni,alhamdulillah.dah 2 tahun mencuba,tanda-tanda yang betul belum ada.Oh,tapi adik saya sedang pregnant 4 bulan. Qays dan gedek dapat adik lepas ni.Gedek dah matured.borak dengan saya macam borak dengan kawan-kawan.
semalam,dia marah saya asyik membebel mainan dia bersepah.dia cakap,mama ni asyik kopek..kopek..kopek.. je.Niya,bukan kopek la.pot pet pot pet lah. 

3.Mr Hubby 
Mr Hubby,seperti biasa.sibuk dengan kerja,outstation.Nampaklah dia bersungguh-sungguh mencari duit untuk family.Siang kerja ofis,malam bawak teksi jual minyak (bukan mengorat),weekend jual kambing.akan datang jual ubi kentang.Memang boleh jadi manager,penternak dan petani.Tapi baguslah,saya lebih suka lelaki macamni.yang bekerja keras tak mengharapkan/menyusahkan orang lain.memanglah,dia suami saya,memang kena puji.entah,saya rasa memang dia lelaki/suami/rakan/anak yang baik.yang paling penting dia humble,dia tak kisah pun baju dia brand giant.(b, lepas ni belanja kasut baru satu k).





4. Lesen memandu
Akhirnya setelah dibebel oleh Mr hubby,saya berjaya mendapatkan lesen.Tapi, masalah saya sekarang perasaan takut masih ada lagi.Practise make perfect,tp bila nak practise asyik takut.macammana?Cuba lagi.Fighting.

5. Hobi
Bisnes seperti biasa.cuma tidaklah sehebat mana.Saya masih lagi belajar,mengasah bakat membuat kek dan dessert. menjahit?mesin jahit berkurun tak sentuh.nak raya nanti sentuh semula.Hobi baru ialah korean stuff.segala benda pasal korean tengah buat research.

2011-Pahit

1. Opah saya kembali ke rahmatullah. 
2. Tak jadi sambung belajar sebab kesuntukan masa.
3. berat badan naik.
4. masuk hospital


Harapan 2012
1. Nak tambah anak
2. Kesihatan yang baik pada saya ,Mr Hubby,gedek dan semua family saya, family Mr Hubby.
3. Nak pergi bercuti ke Korea.(harapan dulu)
4. Kerja dengan niat/nawaitu yang ikhlas, suci untuk mencari rezeki dan menyara keluarga serta jadikan kerja sebagai satu ibadah.
5. Nak kurus.
6. Nak kurus
7. Nak kurus
Nak kurus kene lebih sebab dah 2 tahun azam ni tak tercapai. 
8. Tahun ni, nak kene check homework gedek setiap malam.Pagi kena buat bekal untuk dia pergi sekolah sebab dia cakap kawan-kawan dia semua bawa bekal.makanan sekolah tak best dia cakap.
9.Bilik gedek nak cat kaler pink.tah dari dulu nak buat tak buat-buat.
10. Semoga family Faramin dipanjangkan usia,dimurahkan rezeki, diberkati dan hidup dalam keadaan sejahtera.


0 comments: